Fly on board with Yusuf Islam
Sabtu, 20 Mac 2010
Labels:
Artists,
Royal Brunei Airlines
~
Siapa yg tak kenal dengan Yusuf Islam? mungkin budak2 sekarang takkan tahu siapa Yusuf Islam... suatu ketika di zaman 70'an beliau merupakan idola & pujaan muda-mudi di London dan juga seluruh dunia muzik.. beliau amat disanjungi dan ketika itu beliau memang terkenal dengan nama Cat Stevens dan kemudiannya menukar namanya sebagai Yusuf Islam setelah beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim pada tahun 1977..
Aku memang tak kenal sgt dengan kisah Yusuf Islam ni.. tapi ketika aku masih remaja memang aku tahu tentang kewujudan beliau.. tak sangka pula aku pada 20hb Mac 2010, ketika aku bekerja dari London Heathrow menuju Dubai, Yusuf Islam ada bersama di dalam penerbangan kami... memang aku teruja sangat dengan kehadiran beliau.. jadi aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya dan meminta tandatangan sebagai kenang-kenangan bertemu dengannya...
Aku amat mengagumi dengan keperibadian Yusuf Islam, seorang yang pendiam, betutur dengan lemah lembut dan sentiasa tersenyum apa bila bercakap dgn kakitangan kabin. malah Pilot kami 1st Officer Brad Baldwin dari Australia yang merupakan peminat Yusuf Islam juga tidak menyangka seorang yg dulunya dikenali sebagai penyanyi, pemain muzik dan penulis lirik yg amat terkenal sekarang lebih merendahkan diri.. malah keperibadian beliau seolah2 dirinya bukan seorang yang pernah terkenal pada suatu ketika dulu... malah ketika aku berada di airport Dubai, aku memerhatikan nya berjalan menuju ke kaunter immigrasi dengan bersahaja dan orang2 di sekelilingnya cuma melintasi tanpa menyedari bahawa beliau adalah Cat Steven.
2 comments:
wahhh... u r lucky deino....
meeting wf 1 of d world's icon lgi tu...wow !! on my bfday g tu !! wahhh~~ phewitzzz....
heheh awu rain.. nda sangka2... heheheh
Catat Ulasan