Ah Ma
Khamis, 28 Mei 2009
Labels:
My Family
~
22hb April 2009, 4.30am,
adalah tarikh yg menyedihkan buat aku sekeluarga.... LAW Kim Jok @ Sionggong binti Ja'at telah pun pergi buat selama2nya... Nenek ku yg berbangsa cina yg lebih mesra dengan panggilan Ah Ma oleh cucu2 nya merupakan nenek ku yg paling aku rapat sejak dari kecil lagi. Ah Ma adalah ibu kepada babah ku...heheheh memang aku waris cina maaaa~~
Ah Ma suka sgt bgurau dgn aku... tp sejak Ah Ma jatuh sakit, keadaannya berubah menjadi seorang yg pendiam, kuat merajuk, pemarah tp aku buat2 tak peduli je... heheh ala org tua dah nyanyuk..takkan la aku nak ambil hati dgn perangai nya....
Memang aku sayang kan Ah Ma, sehingga kadang2 aku sanggup bangun tgh2 mlm utk menghantar nya k hospital bersama babah setiap kali dia mengadu sakit. Apabila aku tak sibuk, aku akan meluangkan masa bersamanya, mbawanya dgn kerusi roda bersiar2 d halaman rumah. Dan kadang2 aku akan ikut duduk di sebelahnya di atas katil utk bersembang walaupun ianya akan membuat seluar atau baju ku berbau kencingnya kerana Ah Ma terpaksa diberi pakai pampers dewasa disebabkan penyakitnya....
Dan 1 bulan terakhir sebelum Ah Ma meninggalkan kami semua, Ah Ma bagaikan tak mengenali aku... hanya matanya sahaja yg merenung ku dan Ah Ma langsung tak bckp dengan ku. Kalau sebelumnya memang aku lah temannya bersembang2... walaupun aku selalu tak faham dengan butir2 percakapannya, aku tetap buat2 faham... heheheh
Tapi skarang ni semua tu hanya tinggal kenangan... tiada lagi akan kedengaran suara ku mempersendakan Ah Ma... tiada lagi suara nya bersembang dengan ku dengan butir2 percakapan yg susah utk ku fahami... Selamat jln Ah Ma... will never forget and stop loving u...
0 comments:
Catat Ulasan