Islamic Widget

Yamaha Raider

Yamaha Raider
My Yamaha Raider 2010
CLICK the links below to Visit Me at.....

MY FACEBOOK

And join me at.....

BERSATU BIKERS CLUB (FACEBOOK GROUP PAGE)

or...

visit the OFFICIAL BLOGSPOT FOR BERSATU BIKERS CLUB



"safe ride.. enjoy the beautiful world"

Love Life....

~ Jumaat, 15 Mei 2009

Ramai yg sering bertanya tentang pasangan hidupku… terutama skali auntie2 dan uncle2 ku yg sebok nak tau hal percintaan ku.. babah dan mama sering memberitahu pada mereka yg aku masih taknak kawin … hahah Kadang2 pernah jugak aku mendengar suara2 sumbang bertanyakan kepada sahabat ku adakah aku sebenarnya Gay Boy? Hahahahahah lawak sungguh!! Ni sebab org susah sangat nak tengok aku keluar dating ngan pompuan…. Walaupun aku single skrg, aku masih senang bjln2 atau lepak dgn member2 motor atau kazen ku yg lelaki… hahaha korang mesti tak pecayakan? Lantak lah hahahah memang aku jarang sekali nak keluar ngan pompuan termasuk ex-gf ku sendiri ketika aku masih mempunyai kekasih… kenapa? Ada le sebab2nya.. heheh

Tapi aku bukan GAY, baca betul2…AKU BUKAN GAY!! Hahaha bisexual pun bukan… aku memang lelaki ‘straight’ yg hanya bernafsu pada kaum hawa. Hahaha aku memang pernah bercinta beberapa kali sehinggalah pada saat ini aku masih belum menemui jodoh ku. Kecewa memang kecewa… tp aku mesti pandang ke hadapan… ye la, klu dah bukan jodoh nak buat mcm mana? Heheheh kalau aku nak cerita pun memang panjang la nak buat.. tp aku rasa biarlah semuanya hanya kenangan… dijadikan sebagai pengajaran utk kisah cinta baru… Bila ku nyatakan di sini sebagai kisah cinta yg baru… aku memang maksudkan kisah cinta yg akan ‘ditulis’ dalam diari hidupku dari awal mula.. bukannya sambungan daripada ‘cerita’ kisah lama. Mungkin aku akan bercinta lagi dengan bekas kekasih tetapi aku tetap akan anggap ianya sebagai cinta baru… Kerana cinta yg lama akan ku pastikan tidak akan muncul utk mengganggu cinta baru.

Pada masa ni, ku akui memang kadang2 aku merasa jeles bila melihat pasangan yg bercinta.. tp aku harus kuatkan semangat ku utk meneruskan hidup walaupun tanpa insan yg bergelar kekasih pada waktu ini. Sebab tu aku banyak menghabiskan masa ku dengan menunggang sportbike milikku utk mengisi masa lapang yg seharusnya di isi utk meluangkan masa bersama kekasih hahahaha Pada ketika ni, aku dapat melupakan seketika ‘kisah cinta’ ku. Dan aku akan terus begini sehingga aku menemui ‘buku utk ditulis’ tentang cinta baru…… Siapakah jodoh ku nanti? Biar masa yg menjawap soalan ni… (^_^)v

0 comments:

Catat Ulasan

I Follow them... =)