Pendamping ku
Khamis, 7 Mei 2009
Labels:
My Life Stories
~
Aku sebenarnya bukannya 'org lama' di dalam dunia motosikal... boleh dikatakan aku masih lagi bagaikan pucuk muda yg masih perlu byk belajar mengenai dunia motosikal ni.
Bike pertama ku Kymco Xciting 250 jenis scooter telah byk membimbing aku mcm mana utk menjadi seorang penunggang.. heheh warna asal adalah hitam tetapi aku menukar warna nya menjadi seperti apa korg nampak dlm gambar tu.. nak kata brown bukan, gray pun bukan.. ni sebab aku telah beberapa kali rebah bersama scooter ni sehingga aku terpaksa cat baru bdn dia..
Scooter jenis ni merupakan scooter yg mempunyai tayar yg cukup besar dan lebar sehingga aku boleh membuat pusingan di round about seperti aku menunggang sebuah sport bike...
Lama kelamaan, aku mula merasakan bosan 'bermain' dengan xciting... aku ingin lebih kuasa, lebih hebat dan lebih seksi daripada scooter ni.. akhirnya, aku mengambil keputusan utk membeli Yamaha YZF R6 model 2009 yg berwarna biru. Dan sampai la ke hari ni, kemana saja aku ingin pergi utk membuang masa lapang ku, YZF R6 ku ini la yg paling setia menemani aku ke mana saja ku ingin membawanya... oh ya.. org kata, bike ni mempunyai top speed yg agak menakutkan, 295kmh adalah speed yg terpantas penah direkodkan oleh penunggang dari USA. Rekod ku sendiri? hanya 268kmh... itu pun sudah cukup utk membuat kepala lutut ku menggigil seketika hehehe dan memang sudah ada beberapa buah kereta sport telah kecundang ditinggalkan aku dgn kelajuan ini... tetapi aku masih belum berani utk mencapai kelajuan maksima...
Scooter aku? dia tetap masih kepunyaanku... memang pada awalnya aku berniat utk menjualnya, tp setelah difikirkan masak2, aku mengambil keputusan utk menyimpannya sahaja utk kegunaan ayahku dan adik2 ku... kadang2 aku juga tidak pernah lupa utk menunggangnya walaupun hanya sekadar utk bersiar2 di kampungku...
0 comments:
Catat Ulasan