KEPUTUSAN AKHIR JUARA RAJA LAWAK 2010
Ahad, 7 Mac 2010
Labels:
juara raja lawak 2010
~
Juara Raja Lawak pada malam 07 Mac 2010 telah pun diumumkan KECIK ditabalkan sebagai Juara... IDLAN sebagai Naib Juara dan ketiga ALEX.
hmmpphh.... aku tak akan sentuh tentang keputusan KECIK menjadi Juara walaupun ALEX sebenarnya yang paling lawak pada malam itu. Walau apa-apa pun tahniah kepada KECIK dan kepada ALEX walaupun awak cuma mendapatkan tempat ke-3 tapi awak tengok la nanti.. produser-produserr filem lawak di luar sana memang aku gerenti akan mengambil awak sebagai pelawak baru dalam dunia lawak..
eh.. mcm mana dengan IDLAN?? sorry la kepada peminat2 IDLAN di luar sana.. sejak aku mengikuti perkembangan Raja Lawak bagi tahun ni.. IDLAN sepatutnya dah lama terkeluar dan tak patut masuk Final... hmm.. Ok la.. untuk tak menghampakan peminat2 IDLAN.. dah kira bonus la dia dapat masuk Final... tapi apa dah yang dia buat? LAWAK SPASTIK pada pusingan pertama yang tak ada makna nya langsung!! pusingan kedua? Lagu yang tak ada erti, tak lawak.. tapi gaya bodoh terkinja2 mcm beruk (mungkin ianya patut dinamakan TARIAN TERENCAT AKAL).. aku tak pasti apa sebenarnya dalam fikiran para Juri mlm tu sehingga mereka naik ke atas pentas dan ikut menari bersama IDLAN..
OK.. mengikut kefahaman aku.. mereka naik ke atas pentas semata-mata utk menyelamatkan IDLAN dari mendapat malu dan cuba utk menghiburkan penonton2 di dewan (dan di rumah) supaya tidak ada yang angkat kaki (yg ni tak betul sebenarnya.. heheh) dan menukar channel lain.. (yg ni kemungkinan la.. sbb aku sendiri hampir2 nak tukar channel tetapi tak jadi disebabkan juri2 tu) tahniah kepada AFDLIN SHAUKI, DIN BERAMBOI & BOB LOKMAN kerana menyelamatkan keadaan dari terus membosankan dengan LAWAK BODOH mamat tu..
well, walau apa pun yang aku tulis di sini diharap tak ada orang yang akan berdendam pada aku terutama pada peminat2 IDLAN... setiap org ada pendirian sendiri tentang hal ni... heheheh dan mengikut pendirian aku selepas menonton FINAL RAJA LAWAK 2010 keputusan yang sepatutnya pada malam itu ialah........
JUARA - ALEX
NAIB JUARA - KECIK
KETIGA - AFDLIN SHAUKI, DIN BERAMBOI & BOB LOKMAN
IDLAN???? satu tiket bas utk pulang ke kampung halamannya sendiri makan tanggung sendiri.
LOL!!
0 comments:
Catat Ulasan