Islamic Widget

Yamaha Raider

Yamaha Raider
My Yamaha Raider 2010
CLICK the links below to Visit Me at.....

MY FACEBOOK

And join me at.....

BERSATU BIKERS CLUB (FACEBOOK GROUP PAGE)

or...

visit the OFFICIAL BLOGSPOT FOR BERSATU BIKERS CLUB



"safe ride.. enjoy the beautiful world"

Bila boring melanda diri di waktu malam....(part 2) XD

25hb ogos 2009...
member motor aku c hafiz msg aku kalau2 aku free nak minum2 kat luar... hmmm lagi pun dah lama jugak aku tak lepak2 dgn dia ni... ntah... dah lama tak timbul2 baru la ada msg dia bwk minum2 kat luar....

memandangkan ari ni dlm bulan ramadhan aku pun kasitau la ngan dia aku akan lewat sket sbb nak pegi terawih dulu... so, dlm pukul 9.30pm sampai la aku kat 'waterfront tutong' tpt aku slalu lepak kalau malas nak pegi bandar...

kat sana aku order la mee teow goreng sbb perut dah lapar... time berbukak td aku x mkn byk sbb taknak mengantuk time terawih... tgh borak2 ngan dia, dtg la idea aku yg aku rasa memang best nak buat... nak suruh dia rakam video aku time aku ride moto... yela selama ni aku selalu tertanya2.... mcm mana la bunyi moto aku kalau aku lintas org ketika moto aku hi-speed atau sekurang2nye hi-rev... penah ada 2-3 org yg ckp kat aku... aku lintas bunyi macam jet pejuang...aku tak dpt dengar sbb aku duduk atas moto aku memang bising la.. tp tak tau mcm mana bunyi time aku lintas org... so aku pun cari la satu jalan kat tempat yg jauh sket dari rumah org utk mengelakkan dari mendapat sumpah seranah yg berbakul2... so jln pilihan aku ialah jalan d depan Tutong civic centre... kat sana memang tak byk keta lalu dan rumah org pun jauh sket...

kat jalan tu boleh tahan la panjang dia.. aku agak2 dlm 300-400 metre... mungkin kurang mungkin lebih.. aku tak tau sgt macam mana nak kira sukatan panjang jalan tu... mathematics pun kantoi time skolah dulu hehehehe... yg aku tau aku masuk simpang dgn speed gear 2... pastu bila dah masuk speed gear 4 aku terpaksa brake sbb kat depan aku ada round about... tu pun kalau aku rev tinggi lagi moto aku tu... belum masuk gear 4 aku dah terpaksa brake... time aku brake tu pun aku dah terasa bontot moto aku berlenggang2 sbb brake lewat bila dah dekat penghujung jln... bagi sapa2 yg biasa naik moto memang faham la... mcm tak grip je tayar kat jalan bila terpaksa brake kuat sket...

so, korang tengok la video yg aku upload ni... walaupun kawan aku tu ada sebut "there's one crazy dude..." tp aku tak rasa aku ni gila lagi.. sbb aku belum berani sgt nak full blast moto aku kat sana... jln tak cukup panjang beb.. kalau kat highway boleh la full blast... dan ada ramai lagi mat moto racer yg lebih berani dari aku.. malah jauh lebih berani dari aku... (^_^)v and they're super cool!!! respect kat otai2 moto racer yg berani dan yg 'dah sain kontrak mati'... aku? aku hanya peminat motobike je... nak sain kontrak.. tak berani la aku.. hehehehe

"safe ride... enjoy the beautiful world"
CHOW!!!
video

~ Selasa, 25 Ogos 2009 0 comments

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al Kareem


Ramadhan Al Kareem datang lagi menemui kita dengan kemesraan..... datangnya tidak lain tidak bukan untuk mengajar kita tentang keimanan dan ketaqwaan di samping memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada sesiapa saja yang berpuasa dan beribadat dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati. Bersyukurlah kerana kita diizinkan oleh Allah S.W untuk menemui ramadhan tahun ini dan beribadatlah seolah-olah inilah ramadhan yang terakhir untuk kita...

Berdoalah dengan serendah-rendah diri kerana bulan ini merupakan bulan dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya...

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Amin Ya Allah.....

Selamat Berpuasa Semuanya....

(^_^)v
S43 Deino
@ Zaafarani Nurasytar

~ Ahad, 23 Ogos 2009 0 comments

Makna Doa pilihanku setiap hari selepas Solat Fardhu...

Ya Allah, ya Tuhan kami, terimalah solat, amal dan kerendahan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Aku bertaubat kepada-Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Naha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami banyak menganiaya diri kami sendiri iaitu banyak melakukan dosa; dan tiadalah sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa itu melainkan Engkau; maka mohonlah Engkau ampuni kami dari sisi-Mu dan berilah rahmat kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Ya Allah, kami memohon ketetapan rahmat-Mu dan keampunan-Mu yang berkekalan dan kami mohon supaya terselamat daripada dosa-dosa dan kami mohon supaya sentiasa melakukan kebaikan dan kami mohon kemenangan dengan ditempatkan di syurga dan terlepas dari neraka. Ya Allah, Tuhan yang boleh memalingkan hati sekalian, mohonlah Engkau palingkan hati kami supaya tetap mentaati-Mu, wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dan seksa-Nya yang amat pedih, dan dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari kejahatan godaan syaitan dan dari kedatangan mereka.

Ya Allah, ampunilah kami dan ibu bapa kami, anak-anak kami dan guru-guru kami dalam agama dan orang-orang yang memberi nasihat baik kepada kami dan orang-orang yang mengajar kami dengan berdoa dan seterusnya sekelian kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat. Ya Allah, ampunilah kami dan redhailah (apa- apa amalan kami) dan terimalah (permohonan-permohonan) kami dan tempatkanlah kami di syurga dan bebaskan kami dari neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

~ 0 comments

Mr Azraq & Me

Gambar2 ni aku suruh adik aku tolong amik kan... waktu tu kampung aku tgh mengalami black out buat beberapa jam di sebab kan kerja2 permindahan sub-stesyen electrik baru di kampung ku...

























kira2 dlm jam 4pm - 5pm aku pun mula terasa bosan dan mengambil keputusan utk meronda2 kampung ku dgn moto... nak riding pegi pekan malas sbb aku takde mood nak jln jauh2...

so sebelum aku nak ronda2 tu.. aku pun suruh la adik aku amik gambar aku ala2 model.. hehehehe yela... aku belum ada lagi gambar2 mcm ni.. sebab tu nak adik aku tangkap gambar 'candid' aku sebelum nak jln...(sebenarnya tak candid, aku saja je buat2 gaya supaya nampak seperti candid... heheheheh)

~ Rabu, 19 Ogos 2009 0 comments

BBC dan PTB anjur majlis bertahlil di kubah makam diraja

**Sebahagian gambar & Artikel adalah petikan dari Media Permata & Pelita Brunei 10hb Ogos 2009**

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 Ogos. 2009- Seramai 50 orang ahli penunggang motorsikal yang terdiri daripada Bersatu Bikers Club (BBC) dab Persatuan Temburong Bikers (PTB) hari ini mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makan Diraja di sini.


BACAAN tahlil, Surah Yaa Siin dan doa dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Khatib Dato Paduka Haji Abdul Wahid bin Haji Awang Besar.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Bacaan tahlil, Surah Yaa Siin dan seterusnya doa dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Khatib Dato Paduka Haji Awang Abdul Wahid bin Haji Awang Besar.

Ini merupakan aktiviti seumpamanya yang pernah dikendalikan oleh persatuan berkenan sebagai program tahunan dalam melaksanakan amal kebajikan sempena bulan Syaaban dan menyambut bulan Ramadan yang akan menjelang tiba.

Menurut Yang Di-Pertua BBC, Awang Mustapa bin Haji Abdul Kahar ketika ditemu bual oleh wakil PELITA BRUNEI menyatakan majlis berkenaan juga sebagai peringatan kepada semua ahli untuk berbuat kebajikan, di samping menikmati keseronokan menunggang motorsikal.


AHLI penunggang motorsikal Bersatu Bikers Club (BBC) dan Persatuan Temburong Bikers (PTB) mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

”Persatuan akan lebih mempergiatkan aktiviti-aktiviti kerja amal serta bergotong-royong seperti membersihkan tanah perkuburan dan sebagainya sebagai usaha kemasyarakatan selaku umat Islam bagi sama-sama mendapat pahala dari Allah Subhanahu Wata’ala,” tambahnya lagi.

BBC didaftarkan pada 12 Januari 2008 dengan keanggotaan seramai sebelas orang ahli jawatankuasa dan sehingga kini persatuan itu mempunyai lebih 100 orang ahli termasuk ahli penunggang wanita.

(Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi)



~ Khamis, 13 Ogos 2009 0 comments

Pengalaman ku di Makkah Al Mukarramah












Alhamdulillah...
setelah lama 'mengidam' nak menjejak kaki d tanah haram akhirnya doa ku utk ke sana telah pun d makbulkan...walaupun hanya sekadar menunaikan solat 5 waktu dalam satu hari tapi semuanya sungguh berbaloi bagiku... aku tidak mengerjakan umrah kerana aku masih belum tau syarat2 umrah ni.. sbb aku pegi ke jeddah pun hanya sebab pekerjaanku.. ada org kata aku kena tinggal d luar tanah haram sekurang2nya 3 ari sebelum masuk ke tanah haram... tp ada org kata aku boleh mengerjakan umrah tanpa membayar dam sebab aku pegi jeddah kerana kerja.. tp bagaimana pula kalau aku berniat "jikalau aku ada masa d jeddah, aku akan mengerjakan umrah?" harus kah aku membayar dam atau tidak?

musykil? hmmmmm nnt la aku tanya lg kat org yg lebih 'arif... heheheheh

memang dah lama aku nak pegi makkah ni... tapi tiap kali ada kesempatan tu.. ada2 saja yg menjadi penghalang utk aku pergi ke sana... bagi ku pada waktu tu, aku seolah2 belum d benarkan oleh Allah Ta'ala utk mengunjungi Baitullah.... terasa diri ini terlalu berdosa sehingga 'tidak di izinkan' Allah utk menjejaki kaki ku ke tanah haram...

pada hari nak pegi ke Makkah... aku memang berdebar2... aku byk berdoa agar dipermudahkan dan diizin kan Allah utk masuk ke tanah suci yg amat ku rindui... aku terlalu gembira sehingga aku hanya tidur selama 2-3 jam bangun pada tgh mlm 1 pagi utk mandi dan bersedia utk ke Makkah... kerana aku dan rakan2 ku ingin sempat menunaikan solat Subuh d sana...

Akhirnya debaran ku digantikan dengan kesyahduan apabila aku melihat Masjidil Haram yg berdiri megah di depan mataku sendiri... aku lantas mengucapkan syukur dengan Rahmat Allah yg memberikan aku kesempatan utk menjejaki kaki ku di sana... aku seolah2 tidak sabar utk masuk ke dalam masjid dan bertemu dengan Baitullah... dari saat ku menjejak kaki ku d lantai masjid Al Haram, mengambil wudhu dan menyimpan beg ke dalam locker di luar masjid.. sungguh terasa seolah2 begitu lama sekali kerana aku sudah terlalu merindui Baitullah..

Dari pintu masuk Masjid Al Haram... aku melihat Baitullah berdiri indah di dalam... sehingga aku tak sedar kaki ku terlalu cepat melangkah masuk ke dalam... pertama kali ku melihat Ka'bah aku betul2 terasa sayu sehingga aku terpaksa menahan perasaanku daripada menangis... memang betul kata org... sesiapa yang ingin menziarahi Baitullah dengan sebenar2 niat... pasti akan menangis kegembiraan setelah tercapai utk melihatnya dengan mata sendiri...

Yang paling ketara ketika aku berada di Masjid Al-Haram... hatiku teramat tenang...seolah2 aku tiada apa yg hendak difikirkan kecuali solat wajib, solat sunnat doa dan zikir.... sekhusyuk2 solat adalah apabila kita solat di depan Ka'bah... tak pernah aku mengerjakan solat sunnat seperti banyak mana yg aku buat di depan Ka'bah dalam satu hari... memang sungguh tenang jiwa ketika berada di sana... terasa diri ini amat kerdil... terasa diri ini terlalu byk berdosa...

Dari waktu Subuh hingga ke Isya... masa begitu cepat berlalu... walaupun mengantuk kerana tak cukup tidur, kami tetap sabar menahan penat lelah dan mengantuk kami demi kerana rasa rendah diri kami dlm mengerjakan ibadah ketika berada d Makkah... malah apabila aku tawaf sunnat buat kali terakhir selepas solat Isya... aku sempat 'memeluk' Ka'bah dan mencium dindingnya...(aku tak berkesempatan utk mencium hajar al aswad sbb org terlalu ramai) tetapi aku tetap bersyukur sbb diberi kesempatan utk bersolat sunnat d Hijr Ismail... aku tau bukan senang nak dapat solat di sana... tapi Allah mengizinkan aku utk mudah bersolat di sana setelah aku tak dpt mencium Hajar Al Aswad... apabila aku berdiri2 di kawasan luar Hijr Ismail, tiba2 saja polis Arab menarik aku utk masuk ke dalam kerana dia hendak keluar dari kawasan itu... dan setelah aku di dalam kawasan Hijr Ismail, aku terpaksa berdiri dan menunggu utk bersolat kerana tempat itu terlalu sempit dan ramai org bersolat di sana... tiba2 saja aku di tarik lagi oleh seorang Jemaah Umrah (lelaki arab kalau aku tak silap) utk aku bersolat di tempat nya sebelum itu...Alhamdulillah... aku dapat bersolat dan berdoa dengan khusyuk di Hijr Ismail...

Sebelum aku pergi meninggalkan Kota Makkah... aku mengucapkan selamat tinggal Baitullah dan aku berjanji akan menziarahinya lagi...InsyaAllah...

~ Isnin, 10 Ogos 2009 0 comments

Update tentang Yamaha YZF R6 2009 milik ku... =)

aku agak2 dah 5 bulan bike ni d tangan ku...

No major modifications excepts...

*Front singnal LED
*Back signal LED
*Custom licience Plat fender eliminator
*GYTR slip on exhaust
*Mid-Pipe

fastest speed achieved on 4-5km STRAIGHT road : 278KMH (shift light belum on lg tu...)

memang hensem gila la bike aku ni... dan tahun depan bike aku dengan aku2 skali akan lebih hensem lagi... hua hua hua hua hua... sbb dlm pertengahan tahun depan insyaAllah budget utk looks modification akan mengalir lancar.. hehehehehe

utk masa2 yg akan datang, things to buy dlm list aku ialah damper dan jugak power commander... kena kumpul duit ni.. huhuhuh mahal la benda2 ni.. heheheheh
video video

~ Ahad, 9 Ogos 2009 0 comments

Busy....busy.....busy....BUSY!!!!



adui... aku tgh bz la skang ni... blog pun dah berkurun tak update... takpe, aku akan update blog aku ni dlm masa terdekat... insyaAllah...buat masa ni aku buzy dgn kerja, bila off day masa ku byk bersama moto kesayangan aku.... ala biasa la... org tgh single mingle.. hehehehe

Kepada bikers dan guests yg melawat blog ni... sama2 la kita sedekah kan surah Al-Fatihah kepada rakan biker kita yg telah kembali ke ramatullah pada 4hb August 2009 yg lalu.... sama2 lah kita beringat2 utk berwaspada dan berhati2 ketika riding moto.... aku pun skang ni 'insaf' nak bawa moto laju2... huhuhuhuh Mudah2an Allah akan sentiasa melindungi kita dari malapetaka yg tak d ingini... Amin~

~ Sabtu, 8 Ogos 2009 0 comments

I Follow them... =)