BBC 'suka-suka' ride to Ulu Labi, Kuala Belait.
Ahad, 4 April 2010
Labels:
bersatu bikers club,
Fun Rides
~
4hb April 2010, pagi-pagi lagi aku dah bangun.... semangat nak ride dengan bro riders lain dlm Bersatu Bikers Club.. destinasi yg dituju.... Ulu Labi, Kuala Belait. Tak tau di mana Ulu Labi? sebab ada jugak kwn2 fb aku tanya "mana Labi tu?" heheh tapi yg bertanya tu sebenarnya kwn aku dari Malaysia.... rupa2nya dia tak tahu aku sebenarnya 100% Bruneian dan tinggal di Brunei.. mungkin sebab aku terer cakap org M'sia sebab tu dia ingat aku org M'sia.. hehehe
7.30am.. waktu yg ditetapkan utk berkumpul di dewan kemasyarakatan Tutong (daerah aku).. tapi aku sempat lagi breakfast... dekat2 pukul 8am baru aku pegi ke tempat yg dijanjikan.. bukan aku tak tepat janji... tapi start ride pukul 8am.. perut kosong.. aku makan roti canai lebih penting dari ride perut kosong kan?
kira-kira jam 9.15am.. kitorang memasuki simpang Sg. Liang menuju ke Ulu Labi yang mana perjalanan masih lagi jauh dan kitorang berehat sebentar di Luagan Lalak sebab otot-otot punggung dah semakin pejal akibat duduk terlalu lama ketika riding... heheheh
pastu kitorang teruskan perjalanan dan sampai di penghujung jalan di rumah panjang Teraja.. dan berehat di sana selama kira-kira 30min sebelum berpusing balik dan terus menuju ke destinasi Wong Kadir (wasai Kadir). dah lama aku tak datang ke wasai ni.. kali terakhir ketika aku masih berumur 16 tahun?? sekarang umur aku dah........ heheheheh time dulu aku siap camping bermalam lagi.. planning nak camping di sana selama 2 mlm 3 hari.. tapi cuma 1 mlm saja yg kitorang sanggup disebabkan ada entiti-entiti yang suka sangat nak 'camping' bersama kami walaupun kami tak jemput diorang... ish.. seram...
selepas 1 jam lebih berada di sana.. kami bersiap sedia utk pulang dan singgah sebentar di OJ Mawar Cafe utk lunch... aku pada ketika ni memang penat sangat-sangat selepas mendaki dan menuruni bukit ketika menyusur denai menuju dan balik dari Wong Kadir... dah tak banyak bunyi aku pada ketika ni..
kami berpisah di Pantai Seri Kenangan, di daerah kelahiran ku.. dan ride suka-suka ni berakhir dalam pukul 2pm..
memang best ikut ride semenjak S53 mengambil alih tampuk presiden Bersatu Bikers Club ni.. banyak je Ride Suka-Suka ni dia buat... cuma aku saja yg susah nak dapat cuti... dan hasilnya aku mendapat sunburn di leher belakang ku yang terdedah dengan sinar matahari.. huhuhuh
0 comments:
Catat Ulasan