Islamic Widget

Yamaha Raider

Yamaha Raider
My Yamaha Raider 2010
CLICK the links below to Visit Me at.....

MY FACEBOOK

And join me at.....

BERSATU BIKERS CLUB (FACEBOOK GROUP PAGE)

or...

visit the OFFICIAL BLOGSPOT FOR BERSATU BIKERS CLUB



"safe ride.. enjoy the beautiful world"

BBC dan PTB anjur majlis bertahlil di kubah makam diraja

~ Khamis, 13 Ogos 2009
**Sebahagian gambar & Artikel adalah petikan dari Media Permata & Pelita Brunei 10hb Ogos 2009**

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 Ogos. 2009- Seramai 50 orang ahli penunggang motorsikal yang terdiri daripada Bersatu Bikers Club (BBC) dab Persatuan Temburong Bikers (PTB) hari ini mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makan Diraja di sini.


BACAAN tahlil, Surah Yaa Siin dan doa dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Khatib Dato Paduka Haji Abdul Wahid bin Haji Awang Besar.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

Bacaan tahlil, Surah Yaa Siin dan seterusnya doa dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Khatib Dato Paduka Haji Awang Abdul Wahid bin Haji Awang Besar.

Ini merupakan aktiviti seumpamanya yang pernah dikendalikan oleh persatuan berkenan sebagai program tahunan dalam melaksanakan amal kebajikan sempena bulan Syaaban dan menyambut bulan Ramadan yang akan menjelang tiba.

Menurut Yang Di-Pertua BBC, Awang Mustapa bin Haji Abdul Kahar ketika ditemu bual oleh wakil PELITA BRUNEI menyatakan majlis berkenaan juga sebagai peringatan kepada semua ahli untuk berbuat kebajikan, di samping menikmati keseronokan menunggang motorsikal.


AHLI penunggang motorsikal Bersatu Bikers Club (BBC) dan Persatuan Temburong Bikers (PTB) mengadakan Majlis Bertahlil dan Membaca Surah Yaa Siin bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.
(Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

”Persatuan akan lebih mempergiatkan aktiviti-aktiviti kerja amal serta bergotong-royong seperti membersihkan tanah perkuburan dan sebagainya sebagai usaha kemasyarakatan selaku umat Islam bagi sama-sama mendapat pahala dari Allah Subhanahu Wata’ala,” tambahnya lagi.

BBC didaftarkan pada 12 Januari 2008 dengan keanggotaan seramai sebelas orang ahli jawatankuasa dan sehingga kini persatuan itu mempunyai lebih 100 orang ahli termasuk ahli penunggang wanita.

(Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi)


0 comments:

Catat Ulasan

I Follow them... =)